Monday, January 17, 2011

Pengenalan

Assalamualaikum kepada para pengunjung sekalian,

Post ini ditujukan kepada para pengunjung demi mengenalkan Sainaq Muslim Mart kepada saudara dan saudari. Tujuan kedai ini ditubuhkan adalah demi fardhu kifayah penduduk Segamat sekalian. Sering kali kita mendengar produk-produk halal di pasaran, tetapi, sering kali juga kita berasa was-was akan sebahagian produk.

Konsep kedai ini adalah untuk mengemukakan barangan buatan Islam yg bukan sahaja halal, tetapi halalan toyyibah (penuh yakin) kerana barang-barang yang dipasarkan di Sainaq Muslim Mart telah dipilih dari sumber-sumber yang meyakinkan (isya-allah).

Barangan yg dipasarkan di kedai ini termasuklah barangan runcit, sejuk-beku, barangan kesihatan dan juga barangan kecantikan buatan muslim. Antara jenama yang terkemuka (sepertimana disiarkan di radio IKIM) adalah barangan Hiraq, Kels, Tok Guru, Az-Zain, Qaseh, dan lain-lain.

Sainaq Muslim Mart mencuba yang terbaik untuk memasarkan pelbagai barangan yang halal dan toyyibah. Konsep toyyibah adalah amat penting bagi kedai ini, oleh itu, kedai ini masih memilih dan memperbanyakkan lagi barangan yang dijual di dalam kedai.

Masih terdapat sesetengah barangan harian tidak dipasarkan seperti telur dan barangan basah kerana sumber yang menyakinkan masih belum dijumpai. Insya-allah, Sainaq Muslim Mart akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi barangan yang dipasarkan.

Berikut adalah gambar-gambar ruangan kedai demi memperkenalkan Sainaq Muslim Mart kepada saudara dan saudari sekalian. Kami akan memperkenalkan barangan-barangan utama dan kebaikannya untuk post-post yang akan datang.

Sekian.
Pelbagai barangan Kesihatan
Pelbagai Rempah
Aneka Serbuk/Cecair Pencuci

Pelbagai barangan sejuk beku